Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang 
empat. Ia dicipta oleh Allah SWT selepas malaikat Israfil dengan selisih
 kira-kira lima ratus tahun. Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua 
telapak kakinya berbulu Za'faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai 
di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun 
akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu
 juta muka.
Setiap muka malaikat Mikail ini pula mempunyai satu 
juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap 
lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu 
juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi 
orang-orang mukmin yang berdosa.
Setiap satu juta muka atau 
wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis 
kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap 
matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan 
setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun
 yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail Setiap malaikat-malaikat 
ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.
Di
 samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan 
sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia 
angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga 
haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu 
makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia 
rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.
Imam Ahmad rah. dengan 
sanadnya, dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit
 baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah 
nampak malaikat Mikail tertawa?"
Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan"
Wallahu'alam.
Dikutip di : www.abumusa2.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar